"Kecemburuan Allah ini semakin besar manakala pelaku pelanggaran itu adalah wali-wali-Nya yang selama ini mendekatkan diri kepada-Nya, yg semestinya menjadi org yg paling jauh dari segala bentuk kemaksiatan"
letih dengan dunia....(kata2 daie lemah).
aku dah penat..(kata2 daie yg tak termotivasi dgn syurga)
susahnya nak fahamkan mereka ni..huhu ( kata2 si mimpi kecil)
siapa kamu??
"Kita tidak memerangi manusia dengan bilangan, kekuatan dan jumlah kita. Kita hanya memerangi mereka kerana deen ini. Deen yg Allah memuliakan kita dengannya." ( kata-kata Abdullah b Rawahah dalam Perang Mu'tah)
Dan Rabb kalian berkata: 'Berdoalah kalian kepadaku, nescaya aku akan mengabulkan permohonan kalian. (Al-Mukmin:60)
Jalan ini menemukan berbagai ragam manusia. Apa yg kita perlukan adalah keimanan yg menebal, keterikatan kepada rabb yg Maha Kuasa, kesungguhan yang tak pernah padam dan bismillah jalan je :)
Jangan pernah kenal henti walau dihalang, dicaci dan dihina. Kerana itu sunnatullah jalan ini. Jalan yang mana kita temukan kehidupan sebenar di dalamnya. Jalan yang merampas kebahagiaan dunia dengan syurga sebagai ganti, bidadari bermata jeli dan yang paling indah sekali pengalaman bertemu dengan Allah rabbul 'Alameen, penguasa sekalian langit, bumi, cakerawala dan segala isinya. Sungguh mengujakan!
Maka, bertahanlah dan bersiap siagalah. Musuh sedang memerhatikan kita. Dan mereka punya perancangan yang teliti kerana mereka dibarisi intelek berpengalaman menyesatkan manusia berabad lamanya. Jadi, apa langkah kita? Tunggu magic atau berusaha?
Dan di antara sebagian manusia ada yg mengorbankan dirinya untuk mendapatkan redha Allah (2:207)
Ujian akan terus menimpa seorang mukmin;lelaki dan perempuan, menimpa dirinya, anaknya dan hartnya, sehingga ia berjumpa dengan Allah tanpa membawa dosa (HR-at-Tirmidziy)
jadilah daie yg punya ruh
hubungan dgn Allah kena super duper mantap..
pesanan utk diri sendiri..
kafilah kebenaran tak akan menunggu..
sila habeskan hafazan asap~
yosh
Jangan kita menjadi asbab tak berminatnya masyarakat umum dengan dakwah dan tarbiyyah kita. kerana apa?Buat mereka yang menggelarkan diri sebagai pembela agama Allah, orang2 yang mengaku sebagai tentera fikrah dan aqidah. Watch out!!
Hari-hari yang panjang kebelakangan ini. Moga Allah merencanakan yang terbaik. Apa petanda iman yang makin luntur? Dalam petikan muntalaq ada dinyatakan bahawa jiwa yang beriman itu peka dan sensitive. Maknanya if dah kurang peka or kurang sensitive maknanya kurang beriman ke?? ( u have d’ answer) Anyways.. apabila kita mengaku yang kita ni duat melebihi segala yang lainnya ( nahnu du’ah qobla kulli syai’in),so, our core business would be daie and the rest akan datang kemudiannya. Same goes to full time muslim and part time student, part time worker, part time Korean lover, part time movie maniac..hoho..apekah!.
Still cnfius dengan diri sendiri? Identity vs role confusion perhaps. That’s one of the theory proposed by encik konon serba tahu erikson. Pak cik ni cakap yang semua manusia akan lalu satu stage yang kita knfius dgn diri sendiri..hahah..Kenapa kita nak konfius dengan diri sendiri? Pelik ke? Owh.sangatla tak pelik coz kita memang hidup di zaman yang konfius. So, manusia pun serba cnfius. Manusia biasa confuse memangla tak menghairankan tapi if kita yg konfius memang sangat super duper hairan yang amat. Seriously.!! Daie yg knfius? Oh NO!
Kita sedar bahawa masa seorang daie itu sangat limited. He or she kena make fully use of it. Tapi sejauh mana kita menggunakan masa kita dgn sepenuhnya? Al ASR..Dah beriman dgn juzuk 30? Tu belum lagi juzuk2 lain.alamaks..
Kerana apa saya bercakap ini semua? Coz I love you all. Kerana maksiat yang kita lakukan akan memberi kesan pd jamaah.
Seperti kata Umar lewat pesanannya utk Saad bin Abi Waqqas
Aku perintah kamu dan orang-orang yang bersama kamu agar amat berhati-hati dari melakukan maksiat.
kerana dosa-dosa di kalangan tentera itu amat aku bimbangkan dari musuh mereka.
Sesungguhnya Orang islam diberi kemenangan oleh Allah dengan sebab kemaksiatan yang dilakukan oleh musuh mereka.
Jika tidak, kita tidak akan ada kekuatan melawan mereka kerana bilangan kita tidak sebanyak bilangan mereka dan kelengkapan senjata kita tidak seperti kelengkapan senjata mereka.Jika perlakuan maksiat seimbang di antara kita dan mereka maka musuh mempunyai kelebihan dari segi kekuatan. Jika kita tidak mendapat kemenangan dengan kelebihan yang ada pada kita maka kita tidak mampu mengalahkan mereka.
Ketahuilah bahawa ada bersama dalam perjalanan kamu malaikat-malaikat yang mengawasi kamu. Mereka tahu apa yang kamu lakukan.
Oleh itu berasa malulah dengan mereka
Jangan sesekali melakukan maksiat sedang kamu di jalan Allah.
Jangan pernah kamu mengatakan bahawa musuh kamu itu lebih jahat dari kamu.
Dan mereka tidak mampu untuk menguasai kita walaupun kita buruk. Mana tahu Allah akan menjadikan penguasa ke atas mereka suatu kaum yang lebih buruk dari mereka seperti kaum Bani Israel, bila mereka melakukan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah maka mereka dikuasai oleh kaum majusi akhirnya musnahlah kediaman dan itulah janji yang pasti berlaku.
Mohonlah dari Allah kemenangan atas nafsu-nafsu kamu seperti mana kamu mohon kemenangan ke atas musuh-musuh kamu.
Aku mohon perkara yang sama ke atas diriku dan kamu.
Sweet kan. Pesanan yang mengugah perasaan dan spirit. Sepertinya siapa kita ya di mata Allah. Sebab tu kna dasyatkan amal.
Kerana umat yang berjuang itu tiada masa untuk benda remeh temeh. Tiada masa utk bergelak ketawa yang tiada manfaat. Come on la..kita nak ubah dunia bukan nak ubah meja. Hati jangan sejemput. Kalau sikit pun dah nak terasa baik tak payah. Kalau sikit pun dah penat, buat malu je kat semut. Kalau kuar duit lebih sikit pun dah bising, jangan harap la nak infakkan jiwa di jalan dakwah.
"..Tiada sesuatu yang membawa kami bersikap seperti ini,selain rasa cinta yang telah mengharu biru hati kami,menguasai perasaan kami,menguras habis air mata kami,dan mencabut rasa kantuk dari pelupuk..Kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta.." (Hasan Al Banna, Da'watuna)
Perjalanan ini masih panjang. Hanya yang tegar sahaja bisa membina mercu tanda kejayaan fikrah dan akidah ini. Wahai para duat sekalian, nyalakanlah obor di segenap pelosok negerimu. Bersiap siagalah kerana musuh itu rapi perancangannya, sulit strateginya. Maka, bersungguhlah! KitA sedang memperkatakan nasib ummah, kita sedang membicarakan soal syurga dan neraka, kita sedang membicarakan perjuangan merealisasikan dan merealitikan al haq di muka bumi ini. Perjuangan ini tak kan pernah henti selagi mana jahiliyyah itu masih tertanam di muka bumi. Selagi mana masih ada benih2 tersembunyi. Kalian sedang memegang penawar kepada racun yang membarah dan menyengat manusia. Oleh itu, bertekadlah untuk membawa penawar itu hingga desah nafasmu yang terakhir.
'kerana kita serius dengan perjuangan ini' The Mujaddid 1:04 am Auckland, NZ
Merenung kembali tujuan penciptaan kita di muka bumi. Di saat kita akur kita sebenarnya tersasar dan alpa akan matlamat hidup kita. Timbul saat di mana kita akan diuji. Maka, percayalah wahai duat sekalian, iman itu terkadang menggelisahkan. Ia tidak akan henti mencari jawaban. Kerana hanyasanya iman yang hidup itu adalah iman yang bersifat harakah. Ia tidak akan pernah statik. Selagi bumi ini berputar pada paksinya, selagi mana matahari itu tetap bersinar, percayalah masih ada harapan di luar sana. Sabarlah sayang, kerana kita yakin dengan fikrah ini.