Hari-hari yang panjang kebelakangan ini. Moga Allah merencanakan yang terbaik. Apa petanda iman yang makin luntur? Dalam petikan muntalaq ada dinyatakan bahawa jiwa yang beriman itu peka dan sensitive. Maknanya if dah kurang peka or kurang sensitive maknanya kurang beriman ke?? ( u have d’ answer) Anyways.. apabila kita mengaku yang kita ni duat melebihi segala yang lainnya ( nahnu du’ah qobla kulli syai’in),so, our core business would be daie and the rest akan datang kemudiannya. Same goes to full time muslim and part time student, part time worker, part time Korean lover, part time movie maniac..hoho..apekah!.
Still cnfius dengan diri sendiri? Identity vs role confusion perhaps. That’s one of the theory proposed by encik konon serba tahu erikson. Pak cik ni cakap yang semua manusia akan lalu satu stage yang kita knfius dgn diri sendiri..hahah..Kenapa kita nak konfius dengan diri sendiri? Pelik ke? Owh.sangatla tak pelik coz kita memang hidup di zaman yang konfius. So, manusia pun serba cnfius. Manusia biasa confuse memangla tak menghairankan tapi if kita yg konfius memang sangat super duper hairan yang amat. Seriously.!! Daie yg knfius? Oh NO!
Kita sedar bahawa masa seorang daie itu sangat limited. He or she kena make fully use of it. Tapi sejauh mana kita menggunakan masa kita dgn sepenuhnya? Al ASR..Dah beriman dgn juzuk 30? Tu belum lagi juzuk2 lain.alamaks..
Kerana apa saya bercakap ini semua? Coz I love you all. Kerana maksiat yang kita lakukan akan memberi kesan pd jamaah.
Seperti kata Umar lewat pesanannya utk Saad bin Abi Waqqas
Aku perintah kamu dan orang-orang yang bersama kamu agar amat berhati-hati dari melakukan maksiat.
Sesungguhnya Orang islam diberi kemenangan oleh Allah dengan sebab kemaksiatan yang dilakukan oleh musuh mereka.
Jika tidak, kita tidak akan ada kekuatan melawan mereka kerana bilangan kita tidak sebanyak bilangan mereka dan kelengkapan senjata kita tidak seperti kelengkapan senjata mereka.Jika perlakuan maksiat seimbang di antara kita dan mereka maka musuh mempunyai kelebihan dari segi kekuatan. Jika kita tidak mendapat kemenangan dengan kelebihan yang ada pada kita maka kita tidak mampu mengalahkan mereka.
Ketahuilah bahawa ada bersama dalam perjalanan kamu malaikat-malaikat yang mengawasi kamu. Mereka tahu apa yang kamu lakukan.
Oleh itu berasa malulah dengan mereka
Jangan sesekali melakukan maksiat sedang kamu di jalan Allah.
Jangan pernah kamu mengatakan bahawa musuh kamu itu lebih jahat dari kamu.
Dan mereka tidak mampu untuk menguasai kita walaupun kita buruk. Mana tahu Allah akan menjadikan penguasa ke atas mereka suatu kaum yang lebih buruk dari mereka seperti kaum Bani Israel, bila mereka melakukan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah maka mereka dikuasai oleh kaum majusi akhirnya musnahlah kediaman dan itulah janji yang pasti berlaku.
Mohonlah dari Allah kemenangan atas nafsu-nafsu kamu seperti mana kamu mohon kemenangan ke atas musuh-musuh kamu.
Aku mohon perkara yang sama ke atas diriku dan kamu.
Sweet kan. Pesanan yang mengugah perasaan dan spirit. Sepertinya siapa kita ya di mata Allah. Sebab tu kna dasyatkan amal.
Kerana umat yang berjuang itu tiada masa untuk benda remeh temeh. Tiada masa utk bergelak ketawa yang tiada manfaat. Come on la..kita nak ubah dunia bukan nak ubah meja. Hati jangan sejemput. Kalau sikit pun dah nak terasa baik tak payah. Kalau sikit pun dah penat, buat malu je kat semut. Kalau kuar duit lebih sikit pun dah bising, jangan harap la nak infakkan jiwa di jalan dakwah.
The mujaddid
~Terpaksa melangkah semula~
No comments:
Post a Comment