Tuesday, May 18, 2010

demi cinta ini



"..Tiada sesuatu yang membawa kami bersikap seperti ini, selain rasa cinta yang telah mengharu biru hati kami, menguasai perasaan kami, menguras habis air mata kami, dan mencabut rasa kantuk dari pelupuk.. Kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta.."
(Hasan Al Banna, Da'watuna)





Perjalanan ini masih panjang. Hanya yang tegar sahaja bisa membina mercu tanda kejayaan fikrah dan akidah ini. Wahai para duat sekalian, nyalakanlah obor di segenap pelosok negerimu. Bersiap siagalah kerana musuh itu rapi perancangannya, sulit strateginya. Maka, bersungguhlah! KitA sedang memperkatakan nasib ummah, kita sedang membicarakan soal syurga dan neraka, kita sedang membicarakan perjuangan merealisasikan dan merealitikan al haq di muka bumi ini. Perjuangan ini tak kan pernah henti selagi mana jahiliyyah itu masih tertanam di muka bumi. Selagi mana masih ada benih2 tersembunyi. Kalian sedang memegang penawar kepada racun yang membarah dan menyengat manusia. Oleh itu, bertekadlah untuk membawa penawar itu hingga desah nafasmu yang terakhir.



'kerana kita serius dengan perjuangan ini'
The Mujaddid
1:04 am
Auckland, NZ

No comments:

Post a Comment

~JEJAK-JEJAK PENUH ERTI~