Sunday, October 25, 2009

let's conquer the world


Ma la yatimmul wajibu illa bihi fahuwa wajib
"Jika suatu kewajiban tidak sempurna kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu wajib juga
hukumnya."

Sesekali merenung dari jendela Huia. Melihat gelagat manusia yang berbagai ragamnya. Alangkah indahnya jika islam is the world order. Bestkan bila tgk sume org jd baik. Best kan jika hidup tanpa maksiat. wah..seronoknyeee..Its like living in a magical world, the world of fantasy..but..
HELLO!!!

itu bukan utopia semata2. Seriously. Ini kisah benar. itulah keadaan islam suatu ketika dahulu, pada zaman abbasiyah, tika islam memegang tampuk pemerintahan dunia. Subhanallah.. mashaallah..bahagianya golongan yg hidup pada zaman itu.

jika dilihat realiti sekarang,,
umat islam yg caca merba, yang islam sedar x sedar, yang islam separuh2.. yang islam pd IC..
hati kecil ini memikirkan..banyaknya kerja yg kita kna buat..byknya hati2 yg belum disimbahi iman..banyaknya jiwa2 yg perlu diteroka..

namun, andai aku berhenti sejenak..andai aku berpatah balik..mampukah aku melawan jahiliyyah yg ganas dan rakus meratah saudaraku. mampukah aku..tegakah aku melihat kemungkaran terbesar berlaku di muka bumi ini sedang aku be'relax'2 menikmati dinginnya ice cream Movern Pick di Mission Bay..bershopping d Queenstreet n Sylvia Park, kemudian mghirup udara segar bumi Queenstown sambil bungee jumping. Alangkah bahagianya aku. Namun..inikah aku?? Hidup seperti inikah yg aku mahukan??

Kemudian ada suara2 sumbang di sebelah..
"Wei..lepakla, enjoyla dulu. hidup ni kan sekali je beb"
" apehal ko nih nak baik2..zaman muda nih la nak cuba bnda baru, x macho la ko nih"
" Sorry, aku bukan stok ustaz2..ngee"
"diorang x faham aku..aku bz la. aku budak medic.. aku budak engine..byk project"
" tujuan kita datang ke overc ialah blaja bersungguh2...FULLSTOP"

APEKAH!! sila refer ayat ni:

Dan kepada mereka dikatakan, " pada hari ini kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan dengan harimu ini; dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tidak akan ada penolong bagimu" ( 46:34)

Alamak! bedebuk..tapi........

saya x bersedia lagi
saya pun kurang baik
saya x ada ilmu
saya menghadapi inferiority complex..hoho (nmpak pndai ckit)

wah..byknya alasan..rasulullah dulu bg alasan cmni ke bila trun wahyu? dia still sembunyi dalam gua ke bila trun wahyu?

"Wahai org yang berselimut, bgunlah dan berikanlah peringatan" (74:1-2)

the choice is in ur hand..islam akan menang..if kalian x nak bersama2 kami..lihatlah dari luar train sahaja..???x faham? penah drg analogi train?

camni..islam akan sentiasa menang n kita ibaratkan org yg buat kerja islam tu akan sentiasa ada..mereka berada di dalam train..n kita??siapa kita??mahu mnjadi sekadar penonton??penghantar penumpang train n lambai from outside..hehhe..malula kat semut..semut pun buat keje dakwah..nak dgr cite semut??hehe..tungguu...

buat daie2 di luar sana..jgn pernah kenal henti..jalan ini masih pjg..anda akan menemukan beribu ragam mnusia..kalau x da msalah tu mksudnya bukan dakwah la..

so wut to do??jgn pernah mngalah..hati jgn sejemput..biarlah seluruh manusia mnntang kalian ttpi seluruh alam bersama kalian..
tapi....
apa yg tapi2 lagi??
saya belum bersedia..takut pun ada..
( halangan trbesar adalah diri anda sendiri..hehhe..kata2 pakar motivasi)

tapi..
anda masih belum bisu lagi kan..ape yg nak malu??ade dua hidung??hehhe..

alamak..got to go..kna keluar..
entry to be cntinued..( jgn faham separuh2 ada smbungan)


Sunday, October 18, 2009

from the bottom of my heart


love you so much

sayang sangat

best sangat

jazakillah SISTERS AUCKLAND
mode : mode :

hehhe..to silent reader..
jazakillah khair..u r so sweet..
baik saya stop skang nti x da idea plak nak tulis post berikutnya..(haha..yela tu)
to be continued...
ada test pulak malam2 hari..semangat betul kan mat salleh ni..cuba bayangkan if org islam pun semangat nak bawak islam mcm ni..kan best..heheh..jom sahut cabaran DAT..get set go..
malam yg bersemangat..

buzzing..
keyboard off..
HUIA..HUia..huia..



to be cntinue..

Thursday, October 8, 2009

pesanan utk mereka yg murafaqah (keluar) dari jamaah

Syarah Penulisan Mustafa Masyur “Persoalan Jamaah dan Komitmen” dan Pesanan Untuk mereka yang Mufaraqah (keluar) dari Jamaah.


renungan buat para duat dan yang mngaku mggabungkan diri..


Urgensi Jamaah
Ustaz Mustafa Masyur menyebut bahawa adalah menjadi mustahil bagi umat Islam yang melakukan dakwh mencapai tujuan dakwah sekiranya dilakukan sedirian (fardi). Maka dari sini, secara logiknya satu organisasi atau jamaah diperlukan dan kerja hendaklah dilakukan secara jamaie.

Ustaz Mustafa menyebut: “Jamaah tidak mungkin ada tanpa adanya kepimpinan (qiyadah). Tidak ada ertinya qiyadah tanpa adanya hal didengar dan ditaati oleh para anggota jamaah. Sedangkan keteraturan anggota dalam jamaah tidak akan wujud tanpa adanya ikatan dan komitmen yang wajib ditaati dan dilaksanakan.”

Ketaatan ini juga menjadi satu intipati rukun baiah mereka yang menyelusuri jalan dakwah Ikhwan Muslimin ini. Malah ketaatan ini ditunjukkan oleh para sahabat sendiri sehingga mereka mendahulukan ketaatan daripada aspek kemenangan dalam peperangan sepertimana yang berlaku kepada Khalid al Walid.


Namun begitu, ustaz Mustafa menyebut mengenai dalam keperluan jamaah ini, akan ada kelompok yang menyeleweng dari jamaah dan kepimpinan. Kemungkinan ini berlaku dalam beberapa bentuk dan penulisan ini akan menyentuh mengenai penyelewengan yang releven dengan apa yang berlaku kini di Malaysia.

i) Pecahan dalam jamaah
Ustaz Mustafa menyebut bahawa wujud blok-blok atau pecahan dalam jamaah bertujuan untuk melemahkan jamaah. Apa yang lebih teruk lagi, mereka ini berkonspirasi bagi menggulingkan jamaah dan “membentuk semacam jamaah tandingan atau tanzim tersendiri yang berotonomi penuh di dalam tanzim umum jamaah”
Golongan seperti ini sekarang ini sudah mulai nyata di dalam kelompoh jamaah kita kini apabila ada dikalangan pecahan atau kutlah ini telah menyeru jamaah agar mengikut pandangan mereka. Malah mereka telah melangkah setapak lagi dengan mengenakan tekanan ke atas jamaah. Ustaz Mustafa menyebut mengenai golongan ini akan mengugut keluar dari barisan jamaah sekiranya pendapat mereka tidak diterima.

Ini adalah satu tindakan yang menyalahi adab jamaah dan adab syura. Seorang ahli jamaah yang telah lama mengikut tarbiyah seharusnya sudah sebati dengan erti kepatuhan dalam mentaatai perintah syura dah qiyadah.

Apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Jamaah telah diugut sehinggalah jamaah dan syura mengikut pendapat mereka.

ii) Bergantung kepada individu lebih kuat
Ini merupakan satu lagi ciri golongan yang menyeleweng. Mereka lebih banyak “bergantung kepada peribadi tertentu berbanding dengan jamaah dan pimpinan jamaah.” Walhal kita telah diajarkan bahawa Islam itu tertegak di atas dasar hujaah bukan syakhsiah.


Ini merupakan antara faktor terbesar penyumbang kepada perpecahan yang berlaku kini apabila golongan pecahan ini lebih banyak menonjolkan syahksi “ustaz” atau “syeikh” berbanding dengan hujaah akan wajibnya mentaati pimpinan dan juga menepati baiah yang telah diberikan.

iii) Menimbulkan perselisihan
Perselisihan di dalam jamaah adalah apa yang dimahukan oleh iblis dan syaitan dan perpaduan adalah sebenar-benar perkara yang ditutunt di dalam Islam. Perpaduan ini hanya akan dapat dikecapi apabila kita mentaati Allah, rasulNya dan pemimpin yang terpilih. Ustaz Mustafa menyebut: “dengan mentaati Allah dan rasulNya akan terwujud istiqomah, persatuan dan kemenangan, sebaliknya mentaat syaitan akan menyebabkan perpecahan dan kegagalan di antara kita (jamaah).

Pesan Ustaz Mustafa: “Setiap anggota jamaah hendaknya menjaga dan melindungi persatuan saf. Menghindari setiap kata atau tindakan yang tepat yang dapat menimbulkan pepecahan atau tindakan yang dapat menimbulkan perpecahan dan pertikaian. “
Bagaimana golongan yang kini telah mengengkari jamaah dan pimpinan mengaku diri mereka masih lagi berada dihujah yang benar sedangkan mereka sendiri telah memencilkan diri dan menimbul perpecahan di dalam jamaah.

iv) Keluar dari Jamaah
Terdapat dikalangan mereka yang telah mengeluarkan diri dari jamaah paling utamanya kerana kepentingan peribadi mereka. Ustaz Mustafa menyebut: “Memisahkan diri dan keluar dari jamaah atau melanggar kesepakatan jamaah kerana nafsu peribadi. Seperti gila pangkat, ingin menang sendiri, kerana kesombongan dan lainnya.”
Mereka berhujah kerana jamaah lemah dalam beberapa aspek seperti tarbiyah. Mereka juga berhujah jamaah salah menentukan beberapa strategi dan mereka berpendapat sebaliknya. Walhal ustaz Mustafa menyebut: “Meskipun berlaku perselisihan di dalam beberapa sudut pandangan, mereka harus tetap beriltizam dengan undang-undang dan aturan-aturan yang dapat menghindari perpecahan”.
Malah ustaz telah memberikan kita panduan: “Bersepakat atas sesuatu yang kurang baik, jauh lebih baik berbanding dengan bersengketa di atas sesuatu yang baik, sebab di bawah naungan jamaah kita akan dapat beralih dari yang baik kepada yang lebih baik”
Kita sudah maklumi bahawa jamaah yang berhimpun di bawah redha Allah swt akan sentiasa di pelihara dari melakukan kesilapan yang memesongkan.


v) Tidak memenuhi Arkan Ba’iah
Rukun baiah adalah untuk dipatuhi bagi mereka yang menelusuri jalan dakwah ini sepertimana yang telah ditetapkan oleh as Syahid Hasan Al Banna. Salah satu rukun baiah tersebut ialah TAAT. Apa yang berlaku kini jelas bahawa golongan kutlah ini tidak memenuhi apa yang telah dibai’atkan dan ustaaz Mustafa berkata: “seseorang yang tidak memenuhi seluruh rukun baiah ini di anggap kurang sempurna.”
Ustaz Mustafa menyambung: “dengan tidak dipenuhi salah satu sahaja dari sepuluh rukun bai’at tersebut, merupakan penyimpangan dari khithah semula dan akan menyeret individu dan jamaah kepada malapetaka dan bencana.


Ketaatan ini diberikan penekanan oleh ustaz apabila beliau menyebut: “Jamaah tidak dibenarkan memaksa seseorang dari bergabung ke dalam safnya, tetapi bagi mereka yang telah bergabung dengan kerelaan, WAJIB dia beriltizam dengan syarat-syarat dan ketetapan jamaah.”

Padahal bai’at kita adalah bai’at kepada Allah swt:

Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang memberi bai’at kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan bai’at kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan bai’at itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’atnya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Al fath : 10)

Kesimpulan
Apa yang telah berlaku kini bukanlah satu yang baru di dalam dakwah. Mereka telah menelusuri jalan dakwah ini bersama-sama dengan kita dan kita sentiasa berdoa agar Allah swt mengembalikan mereka ke landasan tanzim yang benar.


wallahu'alam..
moga kita tidak mnjadi asbab kpd berlakunya perkara yg lebih besar lg in the near future..
credits to 'orng lama'

Thursday, October 1, 2009

mampukah trus berdiri??


Jahiliah itu membidikkan pelurunya dari segenap arah sehingga kadangkala kekuatan yang ada hilang entah ke mana. Hendak membina iman begitu sukar tapi menghancurkannya begitu mudah. mashaallah..sudah lama x mengupdate cerita di blog nih..sudah brsawang agaknya..ni peringatan buat kita semua.Saya petik tulisan seorang sisters sebagai muhasabah buat diri yang terlupa.


Kita masih ikut usrah.Tapi melayan movie setiap hari.

Kita masih lagi bawak usrah/membina manusia.Tapi kita ber’couple’ dengan seseorang, bersms dan berchatting yang kononnya untuk lebih kenal sebelum kahwin atau menanamkan rasa cinta, tapi kita tertipu dengan tipu daya syaitan!

Kita pergi daurah, sampai kene marah-marah dengan mak asyik lenyap je time weekend..Tapi otak, fikiran kita, semuanya kepada nak beli bag baru, gaya baru, dan sebagainya.

Atau membaca buku sekadar untuk hiburan, bukan menambahkan tsaqafah dan iman!


Beratnya ujian ini! Istiqamah itu sukar dan terlalu sukar. Istiqamah itu berat hatta untuk kekasih agung Rasulullah SAW.


“Apa yang telah menjadikan engkau tua beruban?” tanya sahabat kepada baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.“Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma.


Itulah beban surah Hud, surah yang memperkatakan tentang istiqamah, bahawa setelah hati disentuh iman, hidup bersama iman dan akhirnya mati dengan iman.


Kamu pernah tengok Tony Blair? Dia kelihatan tampan saat mula-mula memegang jawatan. Tapi kemudian rambutnya mula beruban hanya setelah beberapa tahun.Dan sesungguhnya yang menjadi beban yang berat sehingga memutihkan rambut Rasulullah SAW adalah istiqamah.


Hari ini mungkin kita tidak menonton televisyen tapi setelah dihidang berhari-hari dengan televisyen, mampukah diri untuk terus mengekalkan momentum?


ni bru sedikit sahaja..bagaimana pulak nanti pabila pulang ke Malaysia tika summer nanti??

mesti mcm2 kan..moga diri terus kebal..


x sabarnye nak jumpa umarians..hehhe..saya dah beli tiket balik summer.(org yg x nak balik tp at last cuti plg lma.hoho.moga mmpu menempuh ujian d rumah)

~JEJAK-JEJAK PENUH ERTI~