Monday, June 1, 2009

betul ke hidup sekali je???


Betul ke hidup ni sekali je?????
Slalu je dgr kwn2 cakap,” kita kene enjoy sekarang sebab hidup hanya sekali!”
Mungkin benar hidup di dunia ini hanya sekali. Tetapi perlukah dienjoy sakan sehingga melupakan kematian yang juga berlaku sekali sahaja? Malah selepas mati kita akan hidup kembali selama-lamanya.
Mungkin konsep yang lebih tepat kita enjoy sakan kematian kita! Sebab mati hanya sekali.
Orang enjoy mati insyaALLAH akan enjoy juga kehidupannya di dunia dan di akhirat.
Ramai orang yang tertipu dengan definisi enjoy dunia. Mereka tertipu dengan makna keseronokan, kebebasan dan keindahan hidup dunia.


Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? – al-an’am(6:32)



Seorang pembaca dan penghayat Al-quran pasti akan berjaga-jaga dalam memberikan definisi enjoy dunia kerana mereka sedar dan tahu bahawa keindahan, keseronokan dan kegembiraan akhirat itu jauh lebih bermakna. Kehidupan dunia pula hanyalah bersifat sementara. Kehidupan dunia hanyalah medan menunjukkan diri seorang hamba yang patuh dan kasihkan tuannya walau diuji sesusah mana pun.


Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); - al-mulk 67:2)

Kehidupan dunia :
1. Hanyalah permainan dan senda gurau.
2. Hanyalah medan menguji amal dan kepatuhan kepada Allah swt.

3 comments:

  1. salam salwa..keep on blogging.moga istiqamah dalam meneruskan kebaikan.

    ReplyDelete
  2. huu.. salam, bagus salwa. hum, betul tu, memberi kan aku satu kesedaran baru !! lagu ko pun best !!

    shukri, welli

    ReplyDelete
  3. wsalam..thanks a lot frens..btul tu..kdg2 kite x sedar kan sume nih..islam sgt best sebnanye,,
    p/s nantikan post2 seterusnya..

    ReplyDelete

~JEJAK-JEJAK PENUH ERTI~