Subhanallah..kenapa sampai mcm tu skali ya?? perasan x kenapa ya dulu rasulullah sibuk2 nak sampaikan islam smpai even dilontar ngan batu pun rasulullah still bersabar..para sahabat pula berlumba-lumba nk tawan constantinople sampaikan si syahid agung, abu ayyub al ansari yg lewat pd pertempuran itu menginginkan utk jasadnya dikebumikan berdekatan dgn tembok constantinople agar beliau dapat mndengar derap kuda sebaik2 panglima perang dan pemimpin dan sebaik2 tentera..mashaallah..fikiran apakah ini? lihatlah betapa besarnya thumuhat sahabat ini. tau x pada waktu itu berapakah umur abu ayyub??cuba teka???jeng2...
If fanatik bola bley plak berslogan ‘makan bola, tidur bola, minum bola’. Kenapa kita tidak boleh jadi fanatik dakwah? ‘Makan dakwah, tidur dakwah, minum dakwah’. Atau sebenarnya dakwah ini hanya perkara kecil dan sampingan dalam hidup? Atau malu dengan profession dakwah sepenuh masa?huhu..
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!(41:33)
Tetapi seseorang benar-benar memahami apa itu dakwah, tidak mungkin akan sanggup mensisihkannya apatah lagi meninggalkannya. Kepala akan sentiasa ligat memikirkannya. Dakwah di mana-mana, pd bila2 masa sahaja..maksudnya?? x faham la! Hurm..
maksudnya...JADILAH FULLTIMER!
So, kita akn buat dakwah sampai x kira masa. MESTI! MESTI!. Tetap dilaksanakan seperti mana seseorang itu tidak sanggup tidak makan, tidak minum, tidak tidur, dan tidak bersolat dalam sehari. Walau tika senang dan susah. Walau lapang atau sibuk. Walau berwang atau papa. Dakwah ilallah sentiasa di hadapan.
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.(9.41)
Andai kau lihat aku menjauhi kerja kita, tegurlah
Andai kau lihat aku lalai dan alpa, kejutkanlah
Andai kau lihat aku sambil lewa, heret dan kerjakanlah..
Agar terlaksana misi nahnu duah qobla kulli syai'in
Agar sama2 mncapai mardhotillah..
saya sayang sisters fillah!