Wednesday, January 18, 2012

ayuh bekerja

kebekuan hati..


                Sedikit kata-kata buat motivasi untuk saf perjuangan menentang kebatilan yang mencengkam muka bumi dan bermaharaja lela dalam jiwa-jiwa yang diciptakan oleh saintis terhebat sepanjang masa (sekiranya masa masih lagi applicable) untuk dijadikan rujukan. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.

                Sedar atau tidak, hanya kita sahaja yang dapat menolak diri kita untuk terus berada dalam kafilah ini. Dan tidak lupa juga tangan-tangan Allah yang menjadikan perkara ini tidak mustahil. Keterlibatan Allah dalam memastikan saf-saf ini sentiasa terpelihara daripada pelbagai muntalaq yang songsang dan beraneka. Oleh itu, ayuh ikhwah wa akhawat sekalian, antumlah nadi penggerak tidak kira di mana sahaja antum dicampakkan. Kerana walaupun antum berseorang di situ, yakinlah Allah ada di depan, belakang, kanan dan kiri antum. Allah tidak akan membiarkan antum berseorangan.

                Begitu juga sekiranya antum mengira bahawa antum ramai dan antum tidak akan terkalahkan oleh bilangan yang ramai itu laksana perang Hunain, namun Allah mungkin akan menguji antum dengan sebaliknya. Dia akan menguji dengan ukhuwah yang mungkin antum akan terkalahkan. Masalah antara sesama jundiy. Dan mungkin juga masalah dengan qiyadah. Percayalah bahawa itulah yang terbaik untuk antum kerana Allah sedang menyediakan diri antum dengan sebuah kisah yang lebih besar selepas ini. Medan yang lebih besar yang mungkin menuntut antum untuk lebih banyak tadhiyyah, lebih banyak itsar dan lebih banyak berlapang dada. Kerana iman ini menuntut lebih daripada segala teori yang antum laungkan di dalam usrah yang serba ceria dan membasahkan, juga di dalam daurah yang begitu bersemangat dan menggerakkan. Percayalah..Antum beriman..maka katakanlah..

                Di luar sana masih ramai lagi umat yang belum lagi menghirup nikmatnya berada di bawah bayangan Al-Quran. Masih ramai lagi yang belum menikmati indahnya tarbiyyah rabbaniyah ini. Masih belum ramai lagi mengetahui kewajipan dakwah ilallah. Sedangkan ramai yang melakukan dakwah ilal jahiliyyah. Sesungguhnya, mereka itu belum mengenal Allah dengan hujah yang nyata, yang dapat mentadabburi tanda-tanda kekuasaan-Nya pada diri mereka sendiri dan dari segenap ufuk. Mereka belum memahami solat sebagai ibadah yang mendatangkan rahmat dari Sang Penegak langit dan bumi. Walaupun begitu, Allah jualah yang menegakkan tulang-tulang mereka yang dengannya mereka mampu berdiri, duduk dan terus melakukan kemaksiatan dan kemungkaran di atas muka bumi. Na’uzubillahi minzalik.
Antum beriman..maka lakukanlah..Allah bersamamu
never ending journey


~JEJAK-JEJAK PENUH ERTI~