Thursday, June 11, 2009

tarbiyyah?? (apekah?)


Ramai yg brtnyakan trbiyyah itu apa???(words bru n x pnh dgr pun before nih..check thesaurus :)..hehe. Tapi x kurang juga yg penah dgr perkataan nih tp blum lg clear akn trbiyyah itu sendiri..Kita dh setuju yg umat islam sekarang berada pada tahap n takuk plg rendah n serendah-rendahnya hingga saudara sedarah n seakidah kita dperlakukan dgn keadaan yg x dpt dibayangkan n digambarkan oleh minda dan akal yg waras. Ingatkah kalian akan tragedi Sabra dan Shatilla, Isu palestine yg x pernah2 habis sehingga sekarang, tragedi pembunuhan beramai2 di Tak Bai, krisis di Ambon dan byk lg kisah umat islam yg meruntun perasaan..


Satu sja persoalan yg brmain d benak fikiran. Islam pernah hebat suatu ketika dahulu, pernah mnguasai sehingga 2/3 dunia, pernah menawan Rom dan mengalahkan Parsi yg begitu gah dan merupakan kuasa besar pd msa trsebut. Ke mana hilangnya taring dan jagoan islam??? Ke mana?? (hurm..ambillah msa utk berfikir sebentar)


Lalu, ku soroti kisah kegemilangan islam..ISK membuka mataku, membuka hatiku..Pada tanggal 11 Januari 2007, bermulalah episod bru dlm hidup ini yg dulunya x penah aware dgn keadaan umat islam, yg dlunya x penah concern dg apa yg berlaku d sekeliling..hidup dlm ilusi dan bayangan semata, kdg2 mencari hiburan utk puaskan dri (tentunya hiburan yg disajikan zionis di media2 mereka..hehe..aku msh jahil ketika itu) belajar utk dapat kerja yg bgus semata, nak bahagiakan ibu bapa,.tuk excel n g oversea smata-mata..huhu..apekah..(msti anda pun salah seorangnya..tp x mengapa msih blum trlambat ye kawan2).

Bermula detik itulah..Sebaik sahaja hidayah dtg menyapaku. terasa seperti berkenalan semula dgn islam, berkenalan semula dgn yg Maha Pencipta..Sungguh, sebelum ini x pernah diri ini merasakan betapa nikmatnya hidup as muslim. Muslim yg sebenar..hehe (ada ke muslim x sebenar??mestila ade..uhuk)

Okla..kemudian sy meyedari yg utk kembalikan kegemilangan n kehebatan umat islam cam dulu2 is through tarbiyyah..I've gone through it..and what i wud say is u BETTER try it out..(hehe..ke'best'an x terkata) rsa cm terbang!!

to those yg bertnya..let me simplify it with 3 T's.
Tarbiyyah is:
1) tilawah
2)taalim
3) tazkiyyah

Tp kdg2 kita dgr org cakap tarbiyyah is didikan..hurm..btul gak tu..Tp didikan yg cmna? Sbb tu dtgnya T yg ke-3 tu which is tazkiyyah. Didikan yg smpai sorang tu bley buang segala yg bukan dr allah n segala yg bukan islam dr bertapak within him/herself n buang jauh2. Ia ibarat menyucikan. Penah dgr x analogi air coffee?? hehe..(x penah ek..ok)


Analogi coffee is camni adala secawan coffee nih. Airnya sgtla penuh. Sgt lazat n cukup rsa. Pastu si Farah ni minum smpai abes n kekenyangan disebabkan trlampau sedap sgt air tu..hehe. Kemudian dtgla si Lina nk minum air. Dia dahaga sgt2 (bru balik dr marathon la konon2..hehe). Farah bgla air coffee tu kt dia. Dia ckp x nk. Sbb hitam sgt n cam scary nak minum. So, si Farah pun cba nk hilangkan rsa pekat coffee tu dgn tmbah byk air..tambah n tambah air n tmbah lg hinggalah hilang rsa coffee n colour hitam yg pekat tu. Smpai crystal clear air tu..cam air putih yg suci..fuhh..mcm tu la ngan tazkiyyah. Tazkiyyah is penyucian smpai abes trkeluar jahiliyyah2 yg hitam memekat dlm dri tu. Proses ni mmg sgt susah..Sangat2..i wud say yes..tp anda boleh..klu lihat sirah sahabat2, bagaiman trbiyyah tu berjaya melahirkan org yg unggul mcm Saidina Umar, Khalid al Walid, Abu Zar dan ramai lagi. Mereka inilah hasil didikan n trbiyyah yg berterusan dari Nabi Muhammad sndiri. Sehingga mnculnya generasi al quran yg unik n sgt hebat, yg x mmpu ditndingi oleh mna2 zaman pun.


So, mcm mana nk trbiyyah?? circle is the method. circle?? ape tu? halaqah o liqo'. Dia adalah perjumpaan tuk bncangkan sal bnda2 islam. ( hal2 agama ke???ops..sorry..i x bersedia lg..hehe..biasa je dgr ayt cmtu..anyway..)Ada ke istilah bersedia o x dlm islam. Anda nk msuk Syurga??ops..sorry..sy blum bersedia lg..wat msa skng bagila msa tuk sy merasai bahang api neraka dlu ye..nti sy fikir balik..hehe..( kalau secara logiknya nk fikirla kan..sy cuma mmbaca fikiran anda..hehe..jgn marah)


Anyway, thats not the point. kdg2 people wud call it as usrah. WHY?? coz usrah means family in arabic.. cam family yg kta ade kt rumah tu..if kita rsa pntingnya da family..sma pentingnya da usrah..u got wut i mean?


Tp aneh n pelik bin ajaib la gak when people bley je ade study circle o study group tuk bncangkan assignmnts n exam but when it comes to nk ckp psal islam trus x nak..reject bulat2..knapa ye?? x mengapa..ini kerana anda belum Faham..so anda dimaafkan..pndai2 je..hi2.

sila refer ayat fevret nih..surah albaqarah ayat 208:

" Wahai orang2 yg beriman! Masuklah ke dlm islam keseluruhan, dan jgnlah kmu ikuti langkah2 syaitan. Sungguh ia musuh yg nyata bagimu. " (2:208)

So, nmpak x??nak jd islam x bley jd separuh2..kna jd islam sume. klu study bley ade group, nk bmcang psal islam pun kn ade group. x kan la nk score sorang2..hehe..i mean x kan la nk msuk syurga sorang2..


Sbb tu if kita teliti n perhati masyarakat skng, ramai yg salah faham dgn islam nih. bg kebanyakannya ( malays in Malaysia..cth je), kita mnganggap nk jd islam yg baik is beribadat which is solat n bc al quran n wat bnda2 yg dikategorikan sebgai baik..eg;tolong org, sedekah, n so forth. hurm..salah tu..islam yg sebenarnya bukan baik sensorang!!! Kalau cmtu, bley je Rasulullah dlu2 mse terima wahyu trus smbunyi dlm gua tuk bertapa n beribadah sorang2. bley je dia membaikkan dirinya sensorang..tp knpa dia x wat cmtu??? knapa dia perlu brsusah pyh tuk sampaikn islam, mmbuang kebahagiaan dri sbg org yg dpercayai d mekah smpai digelar org gila, penyair n mcm2 lagi, membiarkan diri luka2 di taif ( rasulullah trcedera smpai bergenang kasut dgn darah..huhu) luka d medan uhud juga, dipulaukan bani hasyim, x boleh balik kg halamn (mekah ) smpai bertahun2 lamanya..cuba anda bygkan anda x boleh balik mesia smpai bertahun2 lamanya..huhu..( to those who r studying overseas)..Sebenarnya, boleh je Rasulullah berehat2 dgn family die, dgn Khadijah n anak2 smbil mnghirup udara segar n berpicnic di bawah pohon kurma dgn familynya smbil menikmati keindahan alam..bahagianya..TAPI!!!


Kenapa Rasulullah x buat mcm tu?? Sebabnya islam is not agama yg dipeluk n kemudian x nak lepas2. peluk dia sensorang kuat2 (hehe..klakar betul). Islam is agama yg perlu disebarkan..dilepaskan jauh2 sampai if ade lg yg x tau psal islam kta kna gtau..mcmtula generasi sahabat dlu..smpai xde sahabat yg klu boleh nk meninggal di madinah..Semua nk kuar tuk sebarkan islam..semua bertarung tuk mndapatkan pahala n syurga Allah..Sbb ape??.sbb islam nih sgt best..tp kita dh salah faham skng dgn islam..Kita igt islam tuh kt masjid2 n pejabat2 agama. islam tu bila nk kawin je. islam tu bila kenduri arwah n tahlil. islam tu is wat baca yassin setiap mlm jumaat. islam tu is baca alquran n letak atas almari supaya kita x lngkah al quran tuh..huhu..apekah..ni fikiran klasik tau x??ni fikiran zaman dahulu..kita x boleh mcm ni..tau x nape kita ada fikiran cmtu..fikiran yg mensecularkan islam from our life??

Ni sume agenda of the West..Snock Hougronje ckp if kita nk kalahkan umat islam kta kna pisahkan alquran dr hati umat islam..Zionis plak ckp: If kta nk lemahkan islam. kta kna kuasai media, kta kna lalaikan umat islam so that drg nih gne agama tuk majlis2 rsmi shaja..islam dh x jd kehidupan but more to agama semata2..islam dh x jd ad-deen. Apabila kita hilangkan rsa bertuhan n rsa 'izzah dr umat islam, secara x langsung, mereka akn makin lupa n mengejar dunia...SGTla betul semua nih..nampak clear x sekarang??


Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.” Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih-buih di laut…

Oleh itu, mari kita bgun kembali dan sedar dr tdo yg lma dan pnjang..ayuh..mari kita sma2 tegakkan kalimah al haq tu..


" Wahai org yg berselimut!

Bangunlah dan berikanlah peringatan! ( 74: 1-2)






Tuesday, June 9, 2009

mari berkenalan dgn Allah n islam




Byk org igt yg islam tu is juz ucapkan 2 kalimah syahadah..parents dah islam so kita pun indirectly msukla islam dgn jayanya (konon2)..pastu tgula nak msuk syurga..buat baik sket2, solat x tgl, nasihat kwn ckit, then mgharapkan syurga allah at the end.


Boleh ke camtu??? sikitnya bnda yg kamu buat..x kan senang2 bley msuk syurga?? cam x percaya je..biar btul (dgn nada berfikir)

Sebenarnya bgtulah tanggapan masyarakat pd hari ini. ble dah jd baik tu,okla.. nasib baik aku x wat bnda jahat cam hisap dadah ke. layan movie korea n lgu2 rihanna cmtu ok la. hidup pun kna enjoy..klu x msti boring..hehe (masih ada lg yg berfikiran mcm ni..smela mcm sy 3 thn yg lps)

Bila agama jd terpisah drp kehidupan seharian which is secular byk bncana n malapetaka yg akan menimpa kita..knapa????

EVERYTHING IS WELL PLANNED by the kuffar so that kita yg x sedar dari tdo nih, trus2 tdo n x bgun2 (enak dibuai mimpi..kawin ngan christiano ronaldo, wenworth miller, dpt gf cam angelina jolie, britney )

Tp sedarkah kita yg kita dah trjerumus ke dalam perangkap tu..dh msuk dlm lumpur hitam yg pekat plus becak n x bley tarik kaki dah ( sgt dasyat n x boleh describe sebenanya)..mcm Syed Qutb ( kenal x ni sape??) ckp dlm Muqaddimah Fi Zilalil Quran yg manusia skng hidup di dalam jahiliyah yg hitam pekat ibarat lumpur tp sgt2 enjoy n menikmati keadaan itu..KENAPA???WHY???

Sbb kita dh kebal kna suntik dgn jarum2 beracun yg fungsinya utk mnjadikan kita terasa best dalam lumpur-lumpur tu, supaya kita leka dlm dunia aturan zionis dan dalam agenda barat sedangkan mereka ketawa berdekah-dekah di belakang.

Sila refer surah al an'am 6:32
Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bg org2 yg bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?

ada lg evidence..surah al hadid 57:20, allah still stresskan benda yg sma which is dunia nih cm permainan je n thats true. sbb tu bla akhir ayat allah akn ckp tidakkah kmu mengerti?? which is x fikir ke kamu ni? ( bahasa arab sgt best n bla trnslate in malay mksud dh x sebest arabic)

Ok balik kpd isu yg kite nih dh disuntik tuh..mmg pun.kte dh dicontrol or as in dh dimind cntrolkan oleh kuffar or bangsa Y o lebih tepat lg zionis tp here i wud use ZNS utk refer kpd zionis.ok?







knapa ZNS nak cntrol kte??? Allah mmg dh sebut dlm al Quran, sila refer surah al Maidah, ayat 82.


" Pasti kamu akn dapati org yg paling keras permusuhannya terhadap org2 yg beriman ialah org2 Yahudi dan org2 musyrik." ( 5:82)


So, jgn biarkan diri anda dicontrol oleh bangsa-bangsa Y ni. Igt lg x Darwin (pak cik yg keluarkan evolution theory). Dia adalah seorg yg berbngsa Y. Dia keluarkn theory tuh sbb nk cnvincekan mnusia yg kite sume nih xde pencipta..everything is by nature. trjadi dgn sendirinya. x de super power yg cipta semua nih. Dia mmg secara terang-terangan nk buangkan perasaan yg kite nih ada allah, kita nih ada pencipta..Apabila manusia fikir yg dia x ada pencipta, mcm2 la berlaku. For instance, kes rompak, rogol n paling mudah is x solat, nape x solat?sbb x pecaya ke ada allah? klu tnya org malay in malaysia they wud be angry if ckp drg xda tuhan. tp bley plak x solat..(anehnya..knape ye??)



Jgn aneh..perkara tuh dh jd normal.sbb apa??sbb kita belum lg kenal Allah..blum lg knal islam, sbb tu kite x sedar sume nih..bla mnusia sedar yg dia ada allah, bila dia ckp dia beriman (percaya sgt10000 + yakin) dgn allah msti dia x buat sume nih.tp skng x sume yg knal Allah lg..


so mcm mna nk knal Allah??












Tarbiyyah membuatkan sy kenal dgn allah,


Tarbiyyah membuka mata hati,mata pemikiran bahawa hidup nih x bernilai if kite x sumbangkan apa2 utk dunia.

إن لم تزد شيئا على الدنيا : كنت أنت زائدًا على الدنيا
(sekiranya kamu x sumbangkan apa2 utk dunia, jdlah kmu lebihan dunia)

Tarbiyah mengajarku kehidupan..sekolah kehidupan (yg x penah dapat kt skol agama n skol lain)


Tarbiyah mengajarku akn usaha itu lebey penting drp hasilnya.Tarbiyah mengajarku segala-galanya.


Tarbiyah menjadikan aku sabar dgn karenah manusia.


Tarbiyah bukan segala-galanya TAPI segala-galanya bermula dgn tarbiyah

Kenapa tarbiyah PENTING??


Negara Islam Madinah tidak akan tertegak kukuh kalau bukan kerana tarbiyah. Kegemilangan di Badar tidak akan datang bergolek kalau bukan kerana tarbiyah. Keutuhan daulah selepas kewafatan Nabi SAW tidak akan berlaku kalaulah bukan kerana adanya golongan as sabiqunal awwalun yang ditarbiyah. Malah kelangsungan daulah di kala khilafah Islam lemah juga adalah kerana wujudnya RIJAL yang ditarbiyah.

Umar al Khattab RA berkata kepada sahabatnya: “Impikanlah! ….”Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah.”

Inilah sebenarnya modal untuk kembali memerintah dunia.
Seorang pemuda yang sanggup meletakkan hidupnya demi ISLAM jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya. Umat Islam skng berada dlm keadaan yg sgt parah,ditindas,dperlakukan sewenang-wenangnya oleh Barat yg dahulunya jauh terkebelakng and mundur sekali jika dibandingkan dgn kehebatan dunia islam suatu ketika dulu.


Mana perginya pemuda-pemuda islam hari ini????






ANDALAH PEMUDA-PEMUDA ISLAM ITU..AYUH BANGUN DAN BERTINDAKLAH.







tarbiyyah??? (apekah??)...hehe..to be continued..

















































































Saturday, June 6, 2009

bernafas dalam jiwa hamba..bukan mudah..

suatu masa dahulu,
hidup ini penuh noda-noda dan titik hitam..
penuh duri-duri dan hutan belantara..
aku menyangka..aku gembira di sana..
hidup dalam kegembiraan, angan-angan palsu
hidup dalam bayangan sendiri, seolah-olah diri tiada pencipta..
hidup dalam ilusi semata..
dosa penuh terpalit..

aku tahu yang hidup ini tidak kekal..
aku tahu akn wujudnya hari pembalasan..


tapi..
aku merasa bahagia seperti ini..

kerna aku yakin aku pnya hak utk melakukan sesuka hatiku..

namun..

Allah punya rancangannya yg terbaik...




berkenalan semula dgn islam dan Allah..
inilah nikmat dan hidayah yg allah cmpakkan dlm diriku..

saya mengenal islam bahawa kita bukannya islam by name which is noun..islam should be verb..let me simplify..

Islam vs islam

yg mna stu betul??

selalunya kita akn tulis Islam (bahasa melayu rasmi la konon..hehe)

sebenarnya yg betul is islam..SEBAB APE??

sebabnya islam should be verb..mksudnya bnda yg kita wat or lakukan..it should be action..

let say..saya makan n saya Makan..mana stu betul?


yg betul is saya makan..sbb action dia yg makan tu

mcm mna plak if org tu nmanya Makan a/l Patinang..

if dia x sedang makan pun still bla dia nk knalkan diri dia akn ckp nma dia Makan..

so nmpak x perbezaan islam pd nama n perbuatan??

sepatutnya kita islam yh huruf kecik which is kite wat bnda tu..laksanakan sume yg allah suruh..tu bru islam yg btul..

then tercome across ayat surah al baqarah : 208

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.” (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

masuk sepenuhnya???
cmne nak define masuk sepenuhnya??
senang je..

ahmad ke rumah atan..ahmad sembang ngan atan kt luar rumah..tiba2 hujan turun atan ajak ahmad masuk rumah sbb nti basah n demam..
if ahmad x masuk rumah, apa yg akn berlaku kt ahmad??
confirm2 la basah kan (hehe..tlg jawabkan)
how if ahamd msuk badan separuh je..kaki tgl kat luar, mesti basah gak kan..(soaln yg nmpak sgt x masuk akal + bodoh)

mcm tu jugakla ngan kite..mengaku yg kite muslim, tp kite wat x ape yg allah suruh??

nak jd islam separuh2.. (hehe)
nk masuk badan kt syurga n kaki kt neraka??
drg bleyla,,budak baik..x nak la jd skema + geng bodek ckgu (ayat femes dlu2)

tp sbnanya..after tersepak hidayah as in allah cmpakkan hidayah kt hati..i feel like..berkenalan semula ngan islam..bnda yg x penah blaja dlu d sekolah or in any sekolah..(even skul agame..apekah??npe perlu ada skul agama???abes tu skul lain xde agama la ek)

MARI BERKENALAN SEMULA DGN ALLAH N ISLAM..nntikan post berikutnya..










'adiyat in memory

siapa itu 'adiyat..mngapa ia layak ditangisi..

'Adiyat bersamaku dlm suka dan duka..sjak diri ini mula mengenal tarbiyah dan cuba berjinak2 meninggalkan jahiliyah..'adiyat d sisiku..aku kuat dgan adanya rabbku, Allah n 'adiyat..

'adiyat pnting bagiku..dah lma km bersma..x mmpu tglkannya..

siapakah 'adiyat????

to be continued..(cdey mode)

Monday, June 1, 2009

betul ke hidup sekali je???


Betul ke hidup ni sekali je?????
Slalu je dgr kwn2 cakap,” kita kene enjoy sekarang sebab hidup hanya sekali!”
Mungkin benar hidup di dunia ini hanya sekali. Tetapi perlukah dienjoy sakan sehingga melupakan kematian yang juga berlaku sekali sahaja? Malah selepas mati kita akan hidup kembali selama-lamanya.
Mungkin konsep yang lebih tepat kita enjoy sakan kematian kita! Sebab mati hanya sekali.
Orang enjoy mati insyaALLAH akan enjoy juga kehidupannya di dunia dan di akhirat.
Ramai orang yang tertipu dengan definisi enjoy dunia. Mereka tertipu dengan makna keseronokan, kebebasan dan keindahan hidup dunia.


Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? – al-an’am(6:32)



Seorang pembaca dan penghayat Al-quran pasti akan berjaga-jaga dalam memberikan definisi enjoy dunia kerana mereka sedar dan tahu bahawa keindahan, keseronokan dan kegembiraan akhirat itu jauh lebih bermakna. Kehidupan dunia pula hanyalah bersifat sementara. Kehidupan dunia hanyalah medan menunjukkan diri seorang hamba yang patuh dan kasihkan tuannya walau diuji sesusah mana pun.


Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); - al-mulk 67:2)

Kehidupan dunia :
1. Hanyalah permainan dan senda gurau.
2. Hanyalah medan menguji amal dan kepatuhan kepada Allah swt.

bukan ceritera.. .impikan rijal2



Ada orang..
dulu hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.
bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.
Ada orang..
sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah
bukan apa, kene tadarruj
tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.
Ada orang..
sedap memberi ceramah
liqa’nya menarik dan menolak
bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan
tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,
takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.
Ada orang..
di mana dauroh di situ mukanya
di mana mukhayyam di situl dia
di mana mabit disitu tidurnya
kemana sahaja pasti ada dia
tidak perlukan dia pun masih ada dia
bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah
tapi sayang di medan longlai dan lesu
ke sana kemari hanya kerana suka
juga kerana semangat berpersatuan.
Ada orang..
dulu ligat
kereta hijau di belasah sekuat mungkin
bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’
surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih
tapi sayang
segalanya hanya sejarah
tapi mengapa?
Ada orang..
Ada orang..
Ada orang..
Jangan lupa kita juga orang..
Jangan lupa hidayah bukan milik orang..
Tentunya Allahlah yang memilih orang..
Adakah kita layak?
Untuk dipilih dan terus dipilih.
Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.
Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.
Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.
Jadi AWASI syaiton sekeliling!
Gigit kuat-kuat hidayah ini..
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
(7:175)
Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini
Syaiton menerkam memeluk kau erat!
Siapa rugi?
إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(9:39)
Tak pa
pergilah jauh-jauh
seandainya hidup dunia itu kau pilih
pastinya dakwah ini ada penggantinya.
Jika bukan kita
Orang lain..

الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر
’ Dunia Ibarat Penjara Mukmin Dan Syurga Orang Kafir’ (Hadith Muslim)

buat renungan..



"Kehidupanku dimulai dengan kesia-siaan, mabuk, maksiat, berbuat zalim kepada manusia, memakan hak manusia, memakan riba, dan memukul manusia. Kulakukan segala kezaliman, hingga tidak ada satu maksiat pun, melainkan aku telah melakukannya. Sungguh, sangat jahat hingga manusia tidak menghargaiku kerana bangsatnya aku!."


Malik bin Dinar Rohimahullah pernah berkata:Pada suatu hari, aku merindukan pernikahan dan memiliki anak. Maka kemudian aku menikah dan dikurniakan seorang puteri yang kuberi nama Fathimah.Aku sangat mencintai Fathimah. Setiap kali dia bertambah besar, bertambah pula keimanan di dalam hatiku dan semakin sedikit maksiat di dalam hatiku.Pernah suatu ketika Fathimah melihatku memegang segelas khamar(ARAK) , maka diapun mendekatiku dan menolak gelas tersebut hingga tumpah mengenai bajuku.. Saat itu umurnya belum lagi mencecah dua tahun. Seakan-akan Allah Subhanahu wa Ta'ala -lah yang membuatnya melakukan hal tersebut.


Setiap kali dia bertambah besar, semakin bertambah pula keimanan di dalam hatiku. Setiap kali aku mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala selangkah, maka setiap kali itu pula aku menjauhi maksiat sedikit demi sedikit. Hingga usia Fathimah genap tiga tahun, saat itulah Fathimah meninggal dunia.Maka akupun berubah menjadi orang yang lebih buruk dari sebelumnya. Aku belum memiliki sikap sabar yang ada pada diri seorang mukmin yang dapat menguatkanku di atas cubaan musibah. Kembalilah aku menjadi lebih buruk dari sebelumnya. Syaitanpun mempermainkanku, hingga datang suatu hari, syaitan berkata kepadaku: “Sungguh hari ini engkau akan menjadi mabuk dengan mabuk yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya.” Maka aku bertekad untuk mabuk dan meminum khamar sepanjang malam. Aku minum, minum dan minum. Maka aku lihat diriku telah terlempar di alam mimpi.Di alam mimpi tersebut aku melihat hari kiamat.Matahari telah gelap, lautan telah berubah menjadi api, dan bumipun telah bergoncang. Manusia berkumpul pada hari kiamat. Manusia dalam keadaan berkelompok- kelompok.


Sementara aku berada di antara manusia, mendengar seorang penyeru memanggil: Fulan ibn Fulan, kemari! Mari menghadap al-Jabbar. Aku melihat si Fulan tersebut berubah wajahnya menjadi sangat hitam karena sangat ketakutan.Sampai aku mendengar seorang penyeru menyeru namaku: “Mari menghadap al-Jabbar!”Kemudian hilanglah seluruh manusia dari sekitarku seakan-akan tidak ada seorangpun di padang Mahsyar. Kemudian aku melihat seekor ulaR besar yang ganas lagi kuat merayap mengejar kearahku dengan membuka mulutnya. Akupun lari karena sangat ketakutan. Lalu aku mendapati seorang laki-laki tua yang lemah. Akupun berkata: “Hai, selamatkanlah aku dari ular ini!” Dia menjawab: “Wahai anakku aku lemah, aku tak mampu, akan tetapi larilah kearah ini mudah-mudahan engkau selamat!”Akupun berlari kearah yang ditunjukkannya, sementara ular tersebut berada di belakangku. Tiba-tiba aku mendapati api ada dihadapanku. Akupun berkata: “Apakah aku melarikan diri dari seekor ular untuk menjatuhkan diri ke dalam api?” Akupun kembali berlari dengan cepat sementara ular tersebut semakin dekat. Aku kembali kepada lelaki tua yang lemah tersebut dan berkata: “Demi Allah, wajib atasmu menolong dan menyelamatkanku.” Maka dia menangis karena Hiba dengan keadaanku LALU berkata: “Aku lemah sebagaimana engkau lihat, aku tidak mampu melakukan sesuatupun, akan tetapi larilah kearah gunung tersebut mudah-mudahan engkau selamat!”Akupun berlari menuju gunung tersebut sementara ular akan mematukku.


Kemudian aku melihat di atas gunung tersebut terdapat anak-anak kecil, dan aku mendengar semua anak tersebut berteriak: “Wahai Fathimah tolonglah ayahmu, tolonglah ayahmu!”Seterusnya, aku mengetahui bahwa dia adalah putriku.


Aku sangat bahagia kerana aku mempunyai seorang putri yang meninggal pada usia tiga tahun yang akan menyelamatkanku dari situasi tersebut. Maka diapun memegangku dengan tangan kanannya, dan mengusir ular dengan tangan kirinya sementara aku seperti mayAt karena sangat ketakutan. Lalu dia duduk di pangkuanku sebagaimana dulu di dunia.Dia berkata kepadaku:“Wahai ayah, “belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid:16)Maka kukatakan: “Wahai putriku, beritahukanlah kepadaku tentang ular itu.”Dia berkata: “Itu adalah amal keburukanmu, engkau telah membesarkan dan menumbuhkannya hingga hampir memakanmu. Tidakkah engkau tahu wahai ayah, bahwa amal-amal di dunia akan dirupakan menjadi sesOsok bentuk pada hari kiamat? Dan lelaki yang lemah tersebut adalah amal solihmu, engkau telah melemahkannya hingga dia menangis karena KEADAANmu dan tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu kamu.


Seandainya saja engkau tidak melahirkanku, dan seandainya saja tidak mati saat masih kecil, tidak akan ada yang boleh memberikan manfaat kepadamu.”Dia Rahimahullah berkata: Akupun terbangun dari tidurku dan berteriak: “Wahai Rabbku, sudah saatnya wahai Rabbku, ya, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.”


Lantas aku mandi dan keluar untuk shalat subuh dan ingin segera bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.Dia Rohimahullah berkata:Akupun masuk ke dalam masjid dan ternyata imam sedang membaca ayat yang sama:“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah.” (Qs. Al-Hadid: 16).....Itulah kisah taubatnya Malik bin Dinar Rohimahullah . Beliau kemudian menjadi salah seorang imam generasi tabi'in, dan termasuk ulama Basrah. Dia dikenali sebagai seorang yang selalu menangis sepanjang malam sambil berkata:“Ya Ilahi, hanya Engkaulah satu-satunya Dzat Yang Mengetahui penghuni SYURGA dan penghuni NERAKA, maka yang manakah aku di antara keduanya? Ya Allah, jadikanlah aku termasuk penghuni syurga dan jangan jadikan aku termasuk penghuni neraka.”


Malik bin Dinar Rohimahullah bertaubat dan dia dikenalI pada setiap harinya, SEBAGAI SEORANG YANG selalu berdiri di pintu masjid LANTAS berseru: “Wahai para hamba yang bermaksiat, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang-orang yang lalai, kembalilah kepada Penolong-mu! Wahai orang yang melarikan diri (dari ketaatan), kembalilah kepada Penolong-mu! Penolong-mu sentiasa menyeru memanggilmu di malam dan siang hari.


Dia berfirman kepadamu: “Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu hasta. Jika dia mendekatkan dirinya kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku kepadanya satu depa. Siapa yang mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari kecil.”Aku mohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar memberikan rezki taubat kepada kita. Tidak ada SEMBAHAN yang hak selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.


Malik bin Dinar Rohimahullah wafat pada tahun 130 H. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmatinya dengan rahmat-Nya yang luas. (Misanul I'tidal, III/426).

~JEJAK-JEJAK PENUH ERTI~