Tuesday, April 21, 2009

aku dan hari ini


hari ni da test..
smlam sakit perut..
x sempat lgsung bc anything..
allah knows best
mla2 igt nk tawakal je
tp tawakal kn after kite dh usaha btul2..hu2..mlu plak kt allah if cakap nk tawakal tp x usaha..sgtla klaka..
so watla td..n bermulalah episod mnghentam..
well..exam dunia bsela..after tuh rse lega je..
cmnela exam akhirat nti ye kwn2..
ya allah permudahkanlah..

sbnanya hri ni beli winter coat n jacket..
sweet n comel gak..tp x la secomel n sebest syurga..hu2..
*moral of d story: blanja kna igt akhirat...

bukan utk org manja

Pencerahan bukan untuk orang manja
Pencerahan bukan untuk orang yang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

tarbiyah bukan utk menjadikan kita lemah


Tarbiyah Bukan Untuk Menjadikan Kita Lebih Lemah

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." (Al Ankabut : 69)

Forest Gump adalah seorang anak yang cacat kaki dan harus berjalan tertatih-tatih dengan menggunakan alat bantu. Di sudut yang lain, ia menjadi seorang anak yang terbelakang mental dan sukar untuk berbicara. Keadaan ini membuat Forest menjadi kerdil di kalangan teman-temannya dan selalu menjadi bahan cemuhan. Suatu hari, tanpa tidak diduga-duga, sekelompok ‘bandit’ anak-anak remaja melakukan durjana untuk melukai dan mempermainkan Forest Gump. Forest dilempar batu, dan ia terpaksa tertatih-tatih berlari supaya tidak dihambat oleh anak-anak tadi. Dengan kaki kesakitan, ia terus berlari ..... berlari ...... dan.....berlari, tidak peduli cemuhan orang-orang yang ada di belakangnya. Ia mampu memotivasi diri sendiri, sehingga ‘keajaiban’ pun terjadi. Kakinya yang cacat dan seharusnya menggunakan alat bantuan, menjadi sembuh dan seketika itu juga, ia mampu berlari kerana ia percaya bahawa motivasi melebihi segalanya, walaupun cacat fizik. Bahkan sejak saat itu, ia tidak berhenti berlari, sampai orang mengenalnya sebagai manus ia yang pantas berlari dan pelari yang luar biasa. MOTIVASI telah mengubah kehinaan menjadi kemuliaan

Syaikh Ahmad Yasin, adalah seorang pejuang keadilan sejati bagi rakyat Palestin. Ia bukannya memiliki apa-apa, selain seorang tua biasa yang hanya duduk di kerusi roda. Beliau cacat kaki, tangan dan pendengarannya sedikit terganggu, kerana siksaan yang telah dia terima dari penjajah Israel akibat keteguhan sikapnya memperjuangkan kemerdekaan rakyat Palestin. Tapi cacatnya bukan halangan bagi dia untuk beralasan mundur dari da’wah dan jihad. Syaikh Ahmad Yasin percaya, bahawa perjuangannya membebaskan rakyat Palestin dari penjajahan adalah sebabagian dari ibadahnya kepada Allah SWT. Dengan tertatih-tatih duduk di kerusi roda, ia mampu menggerakkan hampir 2 juta hati pemuda belia Pales tin, untuk bergabung dengan gerakan pembela Islam yang dipelopori oleh HAMAS. Perjuangannya dan sumbangannya untuk Islam beliau akhiri dengan kemuliaan sebagai seorang syuhada, apabila peluru helikopter Apache menghancurkan jasadnya, selepas ia menunaikan solat subuh di kota Gaza. Itulah sekelumit orang-orang yang tidak pernah merasa putus asa dengan dirinya sendiri.

Masih banyak cerita hebat dan luarbiasa orang lain yang tidak jauh berbeza. Tapi, bagaimana dengan kita ? Di saat ini, keadaan kita jauh lebih selesa, lebih mapan dan lebih sihat dari Forest Gump atau Syaikh Ahmad Yasin. Namun, apakah sumbangan yang telah kita berikan untuk orang lain ? Untuk da’wah Islam, terutama. Pertanyaan-pertanya an ini harusnya menjadi motivasi bagi kita, untuk lebih bersungguh-sun gguh dalam menjalani Tarbiyah Islamiyah. Kita tidak perlu berpeluh-peluh berlari untuk menghindari ancaman peluru Apache saat kita menghadiri halaqah mingguan. Kita cuma tinggal men-”starter” motor kita di saat amanah memanggil kita, tanpa harus berjalan tertatih-tatih menghindari anasir jahat dari gangguan anak-anak nakal, sebagaimana Forest Gump. Dan kita masih mampu beristirehat dan tertidur nyenyak, tanpa gangguan dari suara peluru dan butiran-butiran bom cluster yang dijatuhkan Amerika di Irak dan Afghanistan. Apa ertinya ? ertinya, kita punyai modal awal yang JAUH LEBIH BESAR, LEBIH BANYAK DAN LEBIH BERKUALITI dari yang dimiliki oleh orang lain, apa yang membuat kita menunggu untuk menjadi orang yang lebih sukses/hebat/ luarbiasa dari mereka ? Mampukah kita menj adi orang yang lebih hebat dari mereka ? Tentu boleh ! Dengan terus menjalani tarbiyah dan beramal. Tarbiyah tanpa amal akan berakhir dengan rasa kebosanan (jumud), dan amal tanpa tarbiyah akan berujung pada futur (melemah semangat keislamannya) . Tarbiyah bukanlah sebuah beban.

Seharusnya, tarbiyah menjadikan seorang muslim menjadi lebih hebat, kerana ia mampu mengoptimamkan semua potensi yang ia miliki dan meminimakan kelemahan yang ada pada dirinya. Sebagaimana Bilal yang menjadi ”ayam tambatan” Rasulullah saw, sedangkan ia seorang hamba. Sebagaimana Umar Al Khattab r.a. yang menjadi khalifah kedua, sedangkan sebelum islamnya beliau seorang yang kejam dan anti islam. Dan sebagaimana Abu Dzar Al Ghifari yang menjadi penasihat khalifah, sedangkan ia seorang yang zuhud dan miskin. Sudahkah menjadi renungan bagi kita ?

Saturday, April 18, 2009

Seakan cerita dongeng..


Ada sebahagian ikhwah dan akhowat di luar negara sanggup menempuh perjalanan beribu kilometer semata-mata untuk menghadiri pertemuan rutin bersama teman-teman yang lain ataupun menghadiri daurah bulanan. Wang scholar sanggup dihabisi hanya untuk membiayai tambang perjalanan. Duit infaqnya bukan calang-calang. Tidak cukup dengan itu, wang tambahan didapati daripada bekerja part time; sebagai pelayan restoran, cleaner, pemetik buah-buahan, ataupun bekerja di hospital. Ada juga sebahagian yang lain sanggup membelanjakan wang yang tak seberapa semata-mata untuk memberikan taujih yang hanya memakan masa 50-60 minit sahaja. Kemudian harus pulang awal untuk menghadiri kuliyyah keesokan harinya.

Terkadang cuti summernya dihabiskan hanya untuk bekerja walaupun teman-teman yang lain dari awal lagi sudahpun pulang ke tanah air bertemu keluarga tersayang. Ah, apakah mereka ini rahib-rahib yang tidak punya keinginan yang sama seperti orang lain... yang juga ingin punya waktu-waktu bersendirian- bersama teman serumah ke panggung wayang menonton movie2 terbaru-meluncur ski-shopping- melayan perasaan dan berangan -menikmati tidur yang enak setelah seminggu sibuk dengan menelaah buku-buku dan assignment-namun waktu-waktu mereka di hujung minggu senantiasa disibukkan dengan aktiviti tarbawi. Tidak cukup dengan pertemuan rutin, dipenuhi pula dengan daurah, mabit dan rehlah. Kalau tidak pun meluangkan masa bersama mad'u yang senantiasa dahagakan nasihat dan perhatian. kdg2..terfikir juga... kenapa ya perlu bersusah-susah begini... antumkankan bakal jadi doktor... bakal jadi engineer...mungkin juga seorang lecturer yang gajinya sampai 4-5 angka. Ah, cemburu rasanya... cerita-cerita seperti ini jarang didengar di tanah air ... malah menjadi igauan di siang hari...Dari Perlis ke Johor araknya tidak sampai 1000 km. Bukannya disuruh mengisi atau memberikan taujih... menghadiri pertemuan rutin secara konsisten dan tepat juga sesuatu yang sulit dilakukan. "Afwan akh. Ana punya assignment mahu dibuat. Tak dapat hadir liqo kali ni" "Akh, tangguh liqo kita boleh? Ana jadi committee program suaikenal untuk intake kali ni. Ada induction course." "Alamak... tertidur tadi. Liqo' dah start ke belum" "Sori ana tak dapat ikut halaqah anta untuk sem ni. Ana pegang banyak jawatan dalam society. Kalau sem depan rasanya tak sibuk sangat. So sem depan ajalah ana kontak anta" "Ana kena jaga stall hari ni... waahh ramai pelanggannya. . boss pun tak kasi ana cuti hari ni..." "Akh, penatnya hari ni. Kelas sedikit pack. Ana nak berehatlah untuk hari ni. Kirim salam kepada yang lain ye" "Hujan lebat ni. Bahaya bawak motor dalam hujan lebat. Ana takut demam. Buat esok tak leh ke?" "Ana nak mintak maaf banyak2... sbb dah 3 kali tak datang liqo'. Ana bukan sengaja tak nak datang tapi lebih kuranglah..harap dimaafi." "........." "Ana nak halaqah saja. Mabit ngan daurah anak tak mau pi... jauh sangatlah... letih tau tak" "Cuti sem ni ana n famili nak gi melancong. So tak dapatlah nak hadir liqo' cuti nie.

Bertemu masa bukak sem baru ek. Sekian." "Minggu ni nak balik kampunglah. Rindu pada keluarga di kampung. Tiket dah beli ek. Sori k" Seribu alasan diberikan... Ikhwah dan akhowat yang disayangi Allah... Sungguh beruntung kita ini...masih diizinkan Allah punya waktu dan kesempatan yang banyak buat merubah nasib diri... punya ruang yang luas untuk meningkatkan kapisiti diri... punya panduan yang benar jika mahu ditunjuki.. Juga kita sama-sama punya pertemuan rutin yang di dalamnya insya Allah punya orang-orang yang mahu menyucikan diri... yang mahu kembali mencari hakikat diri ...hanya mencari ridho robbnya. Tidak seperti di belahan bumi yang lain... pertemuan rutin mereka terkadang harus berlangsung di tempat yang jauhhh dari orang kebanyakan.. .di dalam hutan tebal, di tengah laut, di puncak gunung... pertemuan dilakukan secara berhati-hati. Takut-takut jika ditemui nyawa tergadai atau terpenjara.. .sangat sulit sekali untuk bertemu kerana situasi yang tidak mengizinkan. .. Tidak salah merenung sejenak diri ini... Tanyakan pada diri. Di posisi mana tarbiyyah ditempatkan? Adakah sekadar tempelan kecil untuk menutup waktu yang terluang ...Ah.. teman-teman semuanya sudah ngikut halaqah, malu lah kalau aku x ikut sama. Nanti takut dibilang kera sumbang. Ikhwah fillah... Pertemuan rutin kita menjadi indikator utama keberjayaan dalam jalan ini. Ibarat sebiji atom... kalau diberikan daya pecut dengan kelajuan yang tinggi... bisa menghasilkan energi yang sangat kuat. Tenaganya mampu dibekalkan untuk beberapa generasi. Begitulah pertemuan ini diumpamakan. Sunnatullah jalan ini... Tidak pernah keruh dengan kejernihan ikhlasnya orang-orang yang membawanya disertai amal yang tak pernah putus-putus walau banyak hambatan yang datang... menjadi bahan bakarnya.

Jalan ini harus senantiasa basah dengan tadhiyyah(pengorbanan) dan perjuangan.. tidak diusung oleh orang-orang yang lemah imannya... mati jiwanya.. Juga tidak oleh orang yang penuh keraguan dalam hati... takkan pernah tertahan meniti jalan ini... Usah mengimpikan yang indah-indah, khilafah islamiyah, jihad, mati syahid, bebasnya Al-Aqsa, andai masih lopong dalam menghadiri pertemuan. Usah juga mengharapkan kemenangan yang cepat seandainya sering saja terlambat menghadiri pertemuan rutin. Jangan pula nantinya kita yang menjadi beban tarbiyyah, diusung ke sana dan ke mari, melambatkan lagi proses kemenangan ini... naudzubillah. .. Akhirnya, semoga kalam-kalam Allah ini bisa meledakkan kembali jiwa-jiwa yang terlena dan terleka.

Sedikit curhat dari jiwa yang
senantiasa mengharapkan cahaya Islam kembali lagi... SURAH AT-TAUBAH Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing) ? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. [38] Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [39] Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.

Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) , dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya) , kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [40] Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) ; dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. [41] Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). [42] Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta? [43] Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. [44] Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. [45] Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang
tinggal". [46]

Wednesday, April 15, 2009

yakin janji allah

ya allah..aku tau islam kan menang..tp aku sringkali brtnya kapankah kemenangan itu..
kemudian aku trfikir sjenak..
layakkah aku mempersoalkan demikian kpd tuhan..kpd allah yg maha kuasa..
bolehkah islam menang sekiranya umat islam hnya berpeluk tubuh..(dok relax..rehat2..g shopping..ec mse lapang ngan men piano..hu2..apekah)
mmg islam akn menang..tp..sudahkah kite wat kje kite
kje tuk smpaikan islam..
cam dlm surah al ikhlas..
dimulai dgn perkataan qul..
die bukannye katakan ya muhammad..tp ckp..n gtau sume org..allah itu stu..
meaning that kne smpaikan yg allah itu stu..bukan tau tp dok baik sensorang..hehe..apekah itu..can we say that selfish..
mne bley msuk syurga sorang2..nti nk kwn ngan spe..
ya allah..kurniakan aku iman n rsa iman..
supaya bertmbah ketaqwaan kpdmu..
aku hmba yg lemah..lg hina..
engkau sebaik2 pengajar

Tuesday, April 14, 2009


hm..mengapa sesetengah manusia msh lgi mampu berpura-pura??


berpura2 di hadapan manusia..


adakah xda ikhlas dlm dirinya..


sedangkan claim dri s daie..


sedarlah..


engkau x mampu menipu allah..


engkau hnya mmpu tpu mnusia..

ya allah permudahkanlah



duhai hati2..
percayalah allah bersamamu..
jgn mudah mengeluh..jgn mudah mengalah..
duhai hati..
janji allah benar..
percayalah..
tiada perniagaan yg lebey menguntungkun melainkan jln d semata..
ya allah..kuatkan hmbamu ini..
.....................perantau bumi auckland..................

~JEJAK-JEJAK PENUH ERTI~